Pages

Thursday 29 January 2015

Tahun 2015 tahun untuk cabar diri...

Assalamualaikum WBT...

Sepatutnya 01 Januari 2015 lagi wani kena update blog tetapi tak tahu lah kenapa tidak berkesempatan hari itu...

Tapi tidak mengapa, dah berkesempatan ni kita tapi je lah kan...hehehe..

Kenapa wani sebut tahun 2015 tahun mencabar..? Wani rasa tahun 2015 mencabar untuk diri wani sebab wani tengah duk cabar diri sendiri untuk jadi lagi baik dari tahun2 sebelum ini... Banyak yang perlu wani perbaiki dan perbetulkan sebab wani ini hanya insan yang biasa... Manusia ni banyak kelemahan tetapi mereka boleh belajar untuk memperbaiki diri untuk jadi lebih baik..

Ada beberapa perkara yang wani nak cabar diri sendiri. Antaranya ialah:


1. Solat diawal waktu.

    Wani sekarang tengah berusaha dan berusaha untuk push diri sendiri untuk solat diawal waktu... Selama ni wani solat ikut suka hati jer...kadang2 awal kadang tengah2 dan kadang2 lambat...ada juga sampai nak abis waktu dah baru nak solat... Masa tu solat ikut dan jer... Bila fikir2 balik apa sebenarnya tujuan kita diciptakan kat dunia ni melainkan untuk beribadah kepada Allah SWT. Jadi, push yourself, Wani!!!!

Apabila solat kita teratur je waktunya, semua urusan kita ajar jadi teratur juga.. Itu yang wani nak cari untuk tahun 2015 ini. 

2. Businesswoman

Lagi satu pekara yang wani nak cabar diri ialah nak jadi businesswoman yang berjaya.. Walaupun wani sekarang bekerja sepunh masa tetapi tak salah kan kita nak cari extra income...kan..~_^

Kali ini wani nak serius untuk menjana pendapatan sendiri.. Sebab wani nak sangat jadi 'Freedom'...... In shaa Allah akan tercapai suatu hari nanti... Doakan wani yer korang...^_^

Ingin sentiasa ceria, in shaa Allah...^_^

Sekian sahaja untuk entri Azam 2015 ni.. hehe..  Buat masa ni dua dulu lah yer... 

Salam Kasih dan Sayang


~SS~

Blog pada mata saya

Assalamualaikum WBT...

Apa itu blog? Perkara pertama yang muncul dalam fikiran wani, blog ialah kedai alam maya. Kenapa Kedai Alam Maya....? Sebab melalui blog kita boleh jual macam2...kan..

Kalau kita tak jual pun, banyak informasi yang boleh kita kongsi untuk panduan sesiapa yang perlukan maklumat. Jadi selain jual barangan, perkongsian informasi jadi trend orang yang mempunyai blog ni.

Atas inisiatif untuk kongsi tips2 yang berguna dan pengalaman hidup (kononnya...hehe), baru2 ni wani dan kawan wani, (Fatirah namanya...) join kelas asas untuk buat blog di FaizWorld Training Centre di kawasan Bangi, Selangor D.E.

Kelas ni memang best dan banyak input boleh wani dapat untuk faham dan tahu tentang blog.. Untuk orang yang baru macam wani ni, kelas ni memang banyak membantu create blog sendiri.

buat blog, orang baru
Blog saya

Haha...atas ni blog yang wani...masa ni belum siap edit lagi... Tengah edit apa yang patut..hehe

blog, buat blog
Fatirah

Wani..(^_^)

Haha ni pula konon2 fokus siapkan blog... sampai terngaga dua2 orang nak cuba benda baru masa belajar buat blog ni..

Apa-apa pun bagi wani selagi boleh belajar benda baru, belajarlah.. Lagipun agama kita agama Islam menuntut kita untuk belajar seperti sabda Nabi Muhammad SAW,  tuntutlah ilmu dari buaian hinggalah ke liang lahad. 

Sampai di sini dahulu untuk entri kali ini... Harap sangat wani dapat apply apa yang wani belajar di kelas blog di sini...(^_^)

Salam Kasih dan Sayang


~SyazwaniSobri (SS)~

Tuesday 6 January 2015

Selamat Hari Raya AidilAdha 1435H

Assalamualaikum WBT...

Tanggal 10 Zulhijjah 1435H bersamaan 5 Oktober 2014 merupakan Hari Raya AidilAdha ataupun dikenali sebagai Hari Raya Haji/Qurban bagi tahun 2014. 

Pagi selepas subuh, wani dan keluarga bersiap-siap untuk solat sunat AidilAdha. Disebabkan solat sunat AidilAdha ni awal, kitaorang kenalah siap awal2 dan makan sarapan supaya tak ketinggalan solatnya.. Bukan apa, tak salah wani, tahun lepas adik aku pernah terlewat sikit sampai ke masjid untuk solat sunat AidilAdha... Last2 melopong je lah... Tapi dengar khutbah je pun okay juga.. Cuma pahala sunat tu tak ada lah... Syarat untuk dapat pahala sunat kan kena solat sunat dan dengar khutbah bukan...^_^

Selepas siap solat sunat+dengar khutbah+tahlil ringkas+bersalam-salaman sesama jemaah, tiba-tiba ayah wani terus ajak balik kampung dia di Baling, Kedah... Untuk pengetahuan korang, jarak rumah wani dengan kampung ayah aku tak jauh pun... Lebih kurang 15km dan boleh sampai kurang dari 30 minit perjalanan (ini pun kira lambat... kalau ayah wani bawa kereta dalam 10-15 minit boleh sampai kot..hehe). Wani, mak dan adik perempuan wani tak setuju.. Mana tak nya, kitaorang perempuan datang masjid pakai telekung.. Tak kan nak pergi beraya pakai telekung.. So, lepas balik rumah dan pakai tudung, berkonvoilah 2 kereta balik kampung Baling, KDA...

Sampai je kt Baling, pertama sekali ayah ajak pergi ziarah kubur allahyarham tokwan dan allahyarhamah tok... Menariknya kubur tokwan dan tok wani ni sebelah2 walhal tokwan wani meninggal dunia 4 tahun selepas tok wani meninggal dunia... Memang jodoh... Setelah selesai baca surah Yassin dan berdoa, kami pun pergilah ziarah rumah saurdara2 ayah. Semoga Allah SWT merahmati roh tokwan dan tok...ameen...


Dalam duk ziarah menziarah, sempat juga lah adik2 wani snap gambar.. Saja kan buat kenang-kenangan.. Ini pun bukan main payah nak suruh adik lelaki sorang tu bergambar...(Sila rujuk gambar di atas.. The only one guy there..^_^ ~ Sorry brother Firdaus..hehe) Kena paksa barulah dia join.. Tapi dalam paksa-memaksa, alhamdulillah dapatlah ambil gambar yang terbaik. Mujurlah mak dan ayah pun sporting dan nak join juga.. So, cukup sudah keluarga Sobri Ahmad.. ^_^


Last but not lease, We are One!... Inilah adik2 wani... Kenapa 'We are One'..? Itu kena tanya adik wani pakai tudung oren tu... Tapi bagi wani kenapa We are One, it is because we had being delivered by one person which is our Emak.. Terima kasih Emak atas segalanya.. We all love you, Emak...

Walaupun kisah ini sudah lama tetapi macam semalam berlaku...hehe...(ayat cover la pula...)..Sekian, coretan kisah hidup wani...

Salam kasih dan sayang..


~SyazwaniSobri (SS)~

Thursday 2 October 2014

Percubaan Pertama....(^_^)

Bismillahirrahmanirrahim...

Nama diberi Nur Syazwani Binti Sobri. Kawan-kawan aku biasa panggil Wani... Tapi family pula biasa panggil Kak Long... sbb aku ni anak sulung dari enam adik beradik... Ayah aku Pegawai Kanan Kastam.. Lagi 1 tahun ayah saya dah nak pencen.. Mak aku pula hanya suri rumah tangga.. Berkat didikan emak dengan ayah maka lahirlah aku dan adik-adik saya...(^_^)


Ini gambar family paling terbaru dalam simpanan. Gambar ni masa Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini... Alhamdulillah tok pun ada dalam gambar juga... Semoga tok aku sihat wal'afiat selalu hendakNya... Ini serba sedikit pasal family aku.

Sebenarnya, kenapa percubaan pertama sebagai tajuk aku.... Sebabnya, ini adalah percubaan pertama aku dalam berblog ni... Pengetahuan aku ni sebenarnya memang 'nil' tentang blog ni...  Sebelum ni aku pernahlah baca blog-blog orang tapi tak pernah pula aku terfikir yang aku sendiri akan ada blog...

Sehingga lah baru-baru ini, lebih kurang pertengahan September 2014 aku 'create' blog aku sendiri.. Tujuan nya lebih kepada untuk berkenalan dengan sahabat-sahabat baru.. Lagipun kat sini aku boleh ceritakan serba sedikit pasal kehidupan aku yang tak seberapa tapi in shaa Allah mungkin bermanfaat..hehehe (^_^)

Sekian sahaja percubaan pertama dari Wani...

Terima kasih sebab sudi baca coretan tak seberapa ni..(._.)


~SyazwaniSobri (SS)~