Pages

Thursday 2 October 2014

Percubaan Pertama....(^_^)

Bismillahirrahmanirrahim...

Nama diberi Nur Syazwani Binti Sobri. Kawan-kawan aku biasa panggil Wani... Tapi family pula biasa panggil Kak Long... sbb aku ni anak sulung dari enam adik beradik... Ayah aku Pegawai Kanan Kastam.. Lagi 1 tahun ayah saya dah nak pencen.. Mak aku pula hanya suri rumah tangga.. Berkat didikan emak dengan ayah maka lahirlah aku dan adik-adik saya...(^_^)


Ini gambar family paling terbaru dalam simpanan. Gambar ni masa Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini... Alhamdulillah tok pun ada dalam gambar juga... Semoga tok aku sihat wal'afiat selalu hendakNya... Ini serba sedikit pasal family aku.

Sebenarnya, kenapa percubaan pertama sebagai tajuk aku.... Sebabnya, ini adalah percubaan pertama aku dalam berblog ni... Pengetahuan aku ni sebenarnya memang 'nil' tentang blog ni...  Sebelum ni aku pernahlah baca blog-blog orang tapi tak pernah pula aku terfikir yang aku sendiri akan ada blog...

Sehingga lah baru-baru ini, lebih kurang pertengahan September 2014 aku 'create' blog aku sendiri.. Tujuan nya lebih kepada untuk berkenalan dengan sahabat-sahabat baru.. Lagipun kat sini aku boleh ceritakan serba sedikit pasal kehidupan aku yang tak seberapa tapi in shaa Allah mungkin bermanfaat..hehehe (^_^)

Sekian sahaja percubaan pertama dari Wani...

Terima kasih sebab sudi baca coretan tak seberapa ni..(._.)


~SyazwaniSobri (SS)~